“Nik Nock ore Kelate. Ore Kelate meme suko paka baju batik terr… Pehe ko dok?? Haha. Macam tu lah kawan-kawan. Orang Kelantan memang sinonim dengan kain batik. Kain batik ni satu yang kain sarung tu. Satu lagi kain pasang bercorak batik yang boleh dijahit jadikan baju. Seperti Kain Pasang Batik Zieyra Design lah ya.

Jangan tertukar ya. Kain sarong batik (seperti gambar di bawah juga dipanggil ‘kain batik’ di Kelantan). Kain batik sarong ni biasanya di pakai untuk pakaian harian.

Butik Kain Pasang Zieyra Design
Batik lukis kelantan sememangnya terkenal dengan kehalusan seni lukis yang menarik dan unik. Misi utama Zieyra Design adalah mahu membawa warisan ini ke seluruh Malaysia mahupun ke peringkat antarabangsa.
Menurut Pemilik Butik Zieyra Design, Puan Radziah Mat Salleh, perniagaan beliau bermula daripada hobi, seterusnya beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Batik Lukis Kelantan dengan Jenama Zieyra Design.
Jangan takut kepada kegagalan
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan
Berfikir secara positif setiap masa
Radziah Binti Mat Salleh
Pengasas Zieyra Design

Beroperasi lebih dari lima (5) tahun, Zieyra Design mengorak langkah untuk memperkembangkan warisan batik kelantan ke seluruh negara.
Produk Zieyra Design
Antara Produk dan Perkhidmatan oleh Zieyra Design adalah seperti berikut;
- Batik lukis eksklusif Kelantan
- Tudung batik lukis eksklusif Kelantan
- Tempahan Jahitan Kain Pasang
- Tempahan baju tidur
- Tempahan Jahitan Telekung
- Tempahan Tudung





Kelebihan Kain Pasang Batik Zieyra Design
Corak Mengikut Citarasa Pelanggan
Betapa eksklusifnya Zieyra Design mengambil tempahan mengikut citarasa corak batik yang dikendaki oleh pelanggan.
Tempahan Baju Mengikut Size Pelanggan
Pelanggan boleh menempah jahit baju mengikut size mereka. Ukuran akan di ambil bagi memastikan baju yang ditempah selesa dipakai.

Eksklusif Lain Daripada Pasaran
Baju corak batik Zieyra Design adalah unik dan lain daripada yang lain kerana ianya mengikut corak yang dikehendaki oleh pelanggan.
Sesuai Dipakai Di Mana Sahaja
Kain pasang corak batik Zieyra Design boleh di gayakan setiap masa untuk sebarang majlis formal atau pun tidak seperti majlis kenduri, majlis makan malam serta majlis perjumpaan.
Ianya juga sesuai untuk di pakai ke pejabat, ke sekolah untuk cikgu serta penjawat awam.
Sesuai Untuk Sesiapa Sahaja
Semestinya Kain pasang corak batik Zieyra Design boleh di pakai oleh pelbagai golongan sama ada dewasa atau kanak-kanak, pelbagai bangsa dan agama.
Boleh juga di pakai untuk semua golongan wanita yang bekerjaya mahupun suri rumah tangga.
Lelaki juga boleh menggayakan baju batik dari Zieyra Design untuk ke pejabat, ke majlis ataupun ke perjumpaan yang tidak formal.
Testimoni Kain Pasang Corak Batik Zieyra Design

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai batik eksklusif Zieyra Design ini boleh mengunjungi Facebook mereka.
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung batik eksklusif Zieyra Design
| FACEBOOK ZIEYRA DESIGN |
| INSTAGRAM ZIEYRA DESIGN |
| WEBSITE ZIEYRA DESIGN |
| NO TELEFON 0199645650 (RADZIAH) |
| ALAMAT ZIEYRA DESIGN PT 9961 KG KEPAS APAM LATI, 17000 PASIR MAS KELANTAN |
Terima kasih kepada Usahawan ZIEYRA DESIGN yang mempunyai wawasan untuk memartabatkan seni batik lukis Kelantan. Semoga usaha ZIEYRA DESIGN terus berjaya. Aameen.
Batik Lukis Kelantan Asli
Cantiknya Untuk Diwarisi
Dari Dulu Sehingga Kini
Semoga Ianya Kekal Abadi
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung batik lukis ZIEYRA DESIGN boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS


More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan