Permintaan yang tinggi dalam pasaran pengeluaran makanan sejuk beku membuatkan kambing perap Ansal Ternak telah menjadi pilihan ramai terutamanya meraka yang suka makan daging kambing tetapi mempunyai masa yang terhad untuk menyedikannya.
Selain ianya mudah untuk disediakan, rasanya yang sedap membuatkan pelanggan berulang kali menempah dan membeli Kambing Perap Ansal Ternak (KPAT).
Menurut Pengasasnya, Puan Fazlina Anuar, keistimewaan kambing perap keluaran mereka adalah terletak pada bahan perapannya.
Bahan perap yang digunakan adalah hasil daripada beberapa proses R & D yang berulang kali sehingga mereka berpuas hati dengan rasa perapan kambingnya.
Menerusi syarikatnya, Ansal Frozen & Trading (AFT), beliau menetapkan beberapa misi syarikat untuk memperkembangkan perniagaan kambing perap seperti yang berikut;
- Melebarkan pasaran ke Timur Semenanjung Malaysia
- Menyediakan makanan berkualiti dan berkhasiat kepada pelanggan
- Memasuki 3 buah pasaraya di kawasan tengah Semenanjung
- Menambah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
- Mewujudkan peluang perniagaan kepada pengusaha perniagaan
Kambing Perap Ansal Ternak telahpun berasa di pasaran semenjak tahun 2016 lagi. Bermula dengan pasaran di Melaka, kini KPAT telahpun mempunyai pelanggan di seluruh negara melalui konsep agen dan hub negeri.
Hidup kita tidak lama untuk disia-siakan. Syukurilah nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita.
Jadilah insan yang berguna yang memberi manfaat kepada orang lain.
Puan Fazlina Anuar
Pengasas Ansal Ternak

Syarikat Ansal Frozen & Trading (AFT) mengeluarkan makanan sejuk beku berasaskan daging kambing, daging dan ayam serta sos perap dengan jenama Ansal Ternak.
Keistimewaan Kambing Perap Ansal Ternak (KPAT)
Kambing Perap Ansal Ternak adalah produk yang paling laris keluaran (AFT).
Ini adalah kerana ianya dapat diterima baik oleh kebanyakan orang yang suka makan kambing bakar.

Berikut Nik Nock kongsikan antara kelainan Kambing Perap Ansal Ternak ini.
(1) Bahan Perapan Istimewan dan Berkualiti
Istimewanya produk sejuk beku Ansal Ternak adalah pada bahan perapannya.
Ianya diperap dengan menggunakan tujuh (7) jenis rempah yang berkualiti bagi memastikan Kambing Perap Ansal Ternal terjamin kualiti dan rasanya.
Bahan utama dalam penghasilan bahan perap ini adalah MADU LEBAH dan BAWANG PUTIH.
KPAT sesuai untuk mereka yang ingin merasai Rasa Kambing Golek Sebenar kerana KPAT menggunakan ramuan resepi sama yang digunakan untuk Kambing Golek.
Demi menjaga rasa lazat perap itu, Ansal Ternak menggunakan resepi sama untuk menghasilkan produk KPAT
(2) Kambing (Lamb)
Menggunakan kambing (lamb shoulder) import daripada Australia yang bergred A dan semestinya mempunyai sijil HALAL daripada organisasi HALAL Australia yang diiktiraf JAKIM Malaysia.
(2) Tidak Hamis
Kebanyakan orang yang tidak suka makan daging kambing adalah kerana jika tidak kena caranya, daging kambing akan berbau hamis. Namun, dengan kepakaran yang ada, KPAT tidak berbau hamis.
Ini adalah antara sebab kenapa KPAT mendapat sambutan daripada oranf ramai.
(3) Daging Kambing Yang Lembut
KPAT menjamin kualiti daging kambing yang digunakannya. Hanya daging kambing yang terpilih sahaja digunakan untuk KPAT.
Bukan sahaja dagingnya tidak liat, bahkan ianya lembut dan memudahkan pelanggan mereka makan dengan selera.
Rahsianya juga adalah kulit bawang putih yang digunakan sebagai bahan perapan membuatkan Daging Kambing Ansal Ternak lembut dan tidak liat.
(4) Aroma Harum
Aroma KPAT berbau harum semerbak apabila dibakar. Ini sudah tentunya akan menambat selera sesiapa sahaja yang dapat baunya.
(5) Sos Lada Hitam
Setiap pembelian KPAT akan disertakan dengan sos lada hitam yang pekat, likat dan sudan tentunya sedap terutamanya bila dimakan bersama KPAT
Kelebihan Kambing Perap Ansal Ternak
(1) Produk Keluaran Bumiputera
Kambing Perap Ansal Ternak adalah hasil keluaran syarikat bumiputera muslim.
KPAT diproses di kilang Ansal Ternak yang mendapat persijilan MESTI.
(2) HALAL Jakim
KPAT telah mendapat persijilan HALAL daripada pihak JAKIM dan boleh dimakan yakin, selamat dan tanpa was-was.

(3) Mudah Dimasak dan Jimat Masa
KPAT sangat memudahkan suri rumah tangga menyediakan kambing bakar untuk dimakan seisi keluarga.
Mereka tidak perlu pergi membeli daging kambing dan membuat perapan yang akan mengambil masa yang lama.
(4) Tidak Perlu Tambahan Bahan Lain
Sudah semestinya ramuan yang digunakan dalam KPAT adalah secukup rasa. Tidak perlu lagi menambah sebarang bahan-bahan yang lain.
(5) Jimat Kos
KPAT adalah daging kambing sejuk beku yang sudah siap sedia untuk dimasak. Ianya tidak memerlukan pembelian untuk daging kambing tambahan dan juga bahan-bahan ramuan tambahan.
Sos lada hitam juga sudah disediakan dan tidak perlu dibeli atau dimasak untuk makan bersama dengan KPAT.
Oleh itu, sudah tentunya tidak perlu mengeluarkan kos tambahan dan seterusnya menjimatkan wang, masa dan tenaga.
(6) Sesuai Untuk Semua
KPAT sangat sesuai untuk dimakan bersama keluarga di rumah ataupun dimajlis majlis keraian seperti berikut;
- Makan bersama Keluarga
- Majlis BBQ
- Majlis Kenduri
- Aktiviti Perkelahan di luar
- Majlis Gathering
- Majlis Reunion
Cara Penyediaan KPAT
Untuk menyediakan KPAT adalah sangat mudah dan menjimatkan masa.
Bila kita sudah mendapatkan KPAT, kita tidak lagi perlu membeli daging kambing dan tambahan bahan perapan.
Semuanya sudah tersedia dan secukup rasa ramuannya. Kita hanya perlu memasaknya sahaja.
Nik Nock kongsikan di sini cara penyediaan KPAT adalah seperti berikut;
(1) Nyah Beku
KPAT perlu dinyahbekukan terlebih dahulu.
(2) Bakar atau Panggang
Selepas itu, KPAT sudah sedia untuk dibakar atau dipanggang mengikut kesesuaian.
(3) Kaedah Bakar / Panggang
Boleh dibakar menggunakan grill dan arang untuk aktiviti BBQ
KPAT juga boleh dipanggang menggunaka Oven, Pemanggang Ajaib atau boleh di pan grill menggunakan kuali.
(4) Sediakan Sos
Panaskan sos lada hitam yang disediakan bersama KPAT
(5) Sedia Dihidang
Hidangkan Kambing Bakar Ansal Ternak yang siap dibakar atau dipanggang bersama sos lada hitam.
Selamat Mencuba!

Produk-produk Keluaran Ansal Ternak
Ansal Ternak bukan sahaja mengeluarkan produk KPAT, malah beberapa produk lain bagi membantu ramai orang merasa kambing bakar yang sedap dan mudah disediakan.
Berikut adalah antara produk-produk keluaran Ansal Ternak;
(1) Kambing Perap Ansal Ternak (Beserta sos lada hitam)
Menggunakan kambing (lamb shoulder) yang HALAL
Terdapat dua (2) jenis saiz bungkusan;
- 300gm
- 1000gm
(2) Ayam Perap
(3) Daging Perap
(4) Sos Perap
(5) Perkhidmatan Catering, Akikah & Kedai makan Kari Kambing Cikgu Anuar
Testimoni Pelanggan Kambing Perap Ansal Ternak
Sudah ramai yang merasa kesedapan KPAT yang sangat mudah dan menjimatkan masa untuk merasai daging kambing bakar. Mereka mengatakan rasa perapan kambing Ansal Ternak adalah yang terbaik dan sering berulang kali membelinya.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Kambing Perap Ansal Ternak ini bolehlah mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;
Facebook Ansal Ternak
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Ansal Ternak.
| FACEBOOK ANSAL TERNAK |
| INSTAGRAM ANSAL TERNAK |
| WEBSITE ANSAL TERNAK |
| YOUTUBE ANSAL TERNAK |
| NO TELEFON 012-6054421 (PUAN FAZLINA) |
| WASAP ANSAL TERNAK |
| ALAMAT JC 3448, JALAN TBF4 A/1, BANDAR JASIN BESTARI, 77200 BEMBAN, MELAKA |
| LOKASI KE ANSAL TERNAK |
Terima kasih kepada Usahawan ANSAL TERNAK yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan makanan sejuk beku berasaskan daging kambing. Semoga usaha ANSAL TERNAK terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung ANSAL boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS


More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan