Madu kelulut sememangnya adalah berbeza daripada madu lebah biasa. Namun kedua-duanya banyak memberi manfaat kepada manusia. Perbezaan rasa madu kelulut yang ada sedikit rasa masam ada peminatnya tersendiri. Nik Nock pun suka pada rasa madu kelulut asli. Antara pengusahanya adalah Lulu Tree Madu Kelulut Asli.

Nik Nock kongsikan dulu sedikit info bagi yang belum mengetahui perbezaan antara madu kelulut dengan madu lebah.
Perbezaan Madu Kelulut dan Madu Lebah
Madu Kelulut
Kelulut adalah satu jenis lebah yang paling kecil dan bersarang di batang batang pokok seperti pokok rambutan serta terbang rendah serta tiada sengat. Bahasa Inggeris bagi kelulut adalah Stingless Bee.
Saiz kelulut yang kecil membolehkan kelulut menyedut nektar bunga dengan dengan dedalaman yang lebih jauh dari lebah madu.
Info dari mardi mengatakan madu kelulut mempunyai madu dan propolis yang lebih baik dari lebah madu. Saiz kelulut yang kecil dan hasilan madu yang sedikit menyebabkan harga Madu Kelulut Asli 100% adalah lebih mahal dari madu lebah.

Madu Lebah
Manakala lebah pula dikenali sebagai Honey Bee dalam Bahasa Inggeris. Lebah bersarang di dahan dahan pokok dan terbang lebih tinggi dari kelulut.
Umum mengetahui bahawa lebah boleh menyengat dan sengatan yg banyak boleh mengakibatkan maut, inilah risiko yang ditanggung oleh pencari lebah tualang dan lebah rimba. Maka tidak hairanlah mengapa Madu Asli 100% adalah mahal.
Lulu Tree Keluaran Amrina Dynamic Ventures
Lulu Tree adalah jenama keluaran Syarikat Amrina Dynamic Venture yang merupakan rangkaian produk berasaskan madu kelulut.
LULUTREE bermaksud Kelulut In A Tree.
Ini adalah kerana kebanyakan Kelulut membuat sarang di dalam batang-batang pokok. Pada awalnya, madu kelulut yang dihasilkan oleh Lulutree adalah dari kebun limau kasturi kami di sekitar kawasan rumah.

Bermula daripada proses pembikinan rumah kelulut atau ‘hive’, peralatan penuaian, pengeluaran dan penjualan madu asli semuanya di uruskan oleh pihak syarikat.
Produk Keluaran Lulu Tree meliputi madu kelulut yang asli serta barangan kosmetik yang berasaskan madu kelulut.
Menurut Pengasas Lulu Tree mereka ingin memartabatkan madu kelulut ke peringkat antarabangsa.

Malaysia mempunyai pelbagai khaznah, maka jadilah antara yang memartabatkan produk kita, produk Negara Malaysia
Amrina Binti Mohd Khalid
Pengasas Lulu Tree
Produk Keluaran Lulu Tree Madu Kelulut Asli
Lulu Tree mengeluarkan dua (2) produk utama mereka yang mendapat sambutan iaitu Madu Kelulut Asli dan Lulu Tree Shampoo.
(1) Madu Kelulut Asli
Madu kelulut telah diklasifikasikan sebagai “superfood” dari Malaysia. Ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan manusia.
Madu keluaran Lulu Tree adalah madu kelulut asli diproses secara tradisional untuk memastikan kualiti madu.

Selepas madu ditual pihak Lulu Tree akan terus dijual kepada pembeli. Para pelanggan akan mendapat madu kelulut asli yang segar dari ladang tuaian.
Antara khasiat Lulu Tree Madu Asli adalah;
- Membantu mencegah penyakit
- Membantu meningkatkan imuniti badan
- Memberi tenaga berpanjangan
- Dijadikan makanan tambahan untuk lelaki dan wanita
(2) Lulu Tree Shampoo Madu Kelulut
Lulu Tree juga mengeluarkan shampoo madu kelulut. Ianya adalah ‘all in 1 shampoo’ yang berfungsi untuk merawat, mengekal dan mewangikan rambut.
Shampoo Lulu Tree juga tidak mengandungi bahan kimia bahaya. Jadi ianya selamat untuk digunakan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran Lulu Tree ini boleh mengunjungi Facebook mereka.
Facebook Lulu Tree
Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk Lulu Tree ini ya
| FACEBOOK LULU TREE |
| INSTAGRAM LULU TREE |
| WEBSITE LULU TREE |
| YOUTUBE LULU TREE |
| NO TELEFON 013-3227771 (AMRINA) |
Terima kasih kepada Usahawan Lulu Tree yang mengeluarkan madu kelulut asli yang memberikan manfaat untuk ramai orang. Semoga usaha Lulu Tree terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Lulu Tree boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan