Alhamdulillah kali ini Nik Nock diberi peluang untuk menulis Artikel khusus untuk Usahawan Program PeDAS MDEC yang terpilih. Nik Nock mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Terima Kasih kepada pihak MDEC dan Lunaworks yang sudi bekerjasama dengan Blog Nik Nock dalam usaha untuk memperkasakan Usahawan yang terlibat di dalam dunia Online terutama di Carian Google.
PeDAS ni bukannya PEDAS seperti makan cili tu dehh. Ianya suatu program inisiatif kerajaan untuk membantu para usahawan luar bandar untuk mendigitalkan perniagaan mereka yang selama ini dilakukan secara offline.

Apa itu Program PeDAS MDEC
Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS)
Program PeDAS MDEC telah dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di seluruh negara melalui 10 Pusat Internet Desa (PID) pada 26 Ogos 2019.
Program ini dilaksanakan khusus untuk menggalakkan transformasi digital di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar, sejajar dengan perkembangan e-dagang yang pesat.
Pusat Internet Desa Yang Terlibat
Berikut adalah senarai Pusat Internet Desa (PID) yang menjalankan Program PeDAS MDEC;
| 1 | Johor | Pagoh | Suhamdy Shamsuddin suhamdysham@gmail.com 018 358 0052 |
| 2 | Johor | Sg Mati | Norazimah Binti Jema’on emmashaz@gmail.com 06 975 1063 |
| 3 | Johor | Tg Malim | Zalia Hezlin Binti Abolah Zawawi zaliahezlin2106@gmail.com 05 458 5835 |
| 4 | Kedah | Kuala Nerang | Mohd Faizan Bin Mahmood mohdfaizanmahmood@gmail.com 04 786 5284 |
| 5 | Melaka | Tg Kling | Zamila Omar Mohammad zamilaommar@gmail.com 06 351 3992 |
| 6 | Negeri Sembilan | Kota | Nor Sharaniza Binti Asa’ari syaraniza@gmail.com 06 438 1082 |
| 7 | Pahang | Sg Koyan | Kasmawati Mat Japar kasma1808@gmail.com 09 340 2129 |
| 8 | Perak | Kuala Kurau | Zatul Immah Binti Jamaludin adamshaklee@gmail.com 05 727 6516 |
| 9 | Pulau Pinang | Balik Pulau | Siti Huraizah Binti Abdul Rahman sitihuraizah@gmail.com 04 866 2706 |
| 10 | Selangor | Beranang | Ismaini Izra Ismail ismainiizra87@gmail.com 03 8766 0780 |
Perkhidmatan Program PeDAS MDEC
Perkhidmatan yang ditawarkan di PID yang terlibat di bawah Program PeDAS MDEC adalah seperti latihan, bimbingan dan sokongan
#1 – Program Latihan
- Program keusahawanan
- Akses kepada 58 modul perniagaan melalui pembelajaran dalam talian
#2 – Program Bimbingan (Coaching)
- Jurulatih untuk perniagaan anda
- Perkhidmatan eDagang oleh pemain industri
3. Program Sokongan (Support)
- Perkhidmatan untuk mengenalpasti tahap kesediaan usahawan dalam perniagaan eDagang dan cadangan untuk mengurangkan jurang tersebut
- Menghubungkan usahawan dengan agensi yang berkaitan untuk membantu mengembangkan perniagaan
Antara Aktiviti Program Coaching PeDAS di PID Kota, Negeri Sembilan;
Program Penulisan Artikel Blog Usahawan Program PeDAS MDEC
Selain latihan, bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada usahawan di bawah Program PeDAS MDEC, pihak MDEC telah mengambil inisiatif seterusnya untuk terus menyokong usahawan yang betul-betul ingin memperkembangkan perniagaan mereka di dunia online.
Oleh itu, seramai 30 orang usahawan daripada 10 PID yang terlibat di bawah Program PeDAS MDEC telah dipilih untuk program penulisan blog.
Program penulisan blog ini adalah satu lagi cabang pemasaran online untuk mempromosikan perniagaan mereka di laman carian Google. Maklumat dan keterangan produk mereka akan mudah dijumpai oleh pelanggan melalui carian di laman web.
Bukan sahaja mudah di cari dan dijumpai, malah maklumat mereka akan berpeluang menduduki halaman pertama carian Google.
Alhamdulillah Blog Nik Nock adalah satu satu daripada Blog yang dipilih untuk menulis mengenai perniagaan 30 orang usahawan yang terlibat di bawah Program PeDAS MDEC yang terpilih.
Kebanyakan artikel perniagaan usahawan ini di blog Nik Nock telahpun mendapat tempat di halaman pertama di dalam Carian Google.
Antara Artikel Blog Nik Nock Untuk Usahawan PeDAS berada tempat teratas dan halaman pertama di carian Google;
Penulisan Blog Nik Nock Usahawan PeDAS
Untuk program ini Nik Nock telah menulis 90 artikel untuk 30 orang usahawan yang terpilih. Mereka terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan yang berasal daripada penduduk setempat.
Setiap satunya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai usahawan itu sendiri serta perniagaan yang mereka jalankan.
Nik Nock berharap penulisan ini bukan sahaja dapat membantu memperkembangkan perniagaan usahawan yang terlibat.
Malah daapt membantu kawan-kawan pembaca mendapatkan maklumat produk hasil keluaran Bumiputera dan usahawan tempatan yang Halal dan berkualiti.
Berikut Nik Nock berikan salah satu LINK untuk tulisan bagi 30 Usahawan Program PeDAS MDEC yang terlibat dengan Program Penulisan Blog ini.










More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS